GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, June 1, 2013

Pelaksanaan GST belum muktamad


ARKIB : 31/05/2013


Ahmad Husni Hanadzlah (tengah) beramah mesra bersama Abu Bakar Abdullah (dua kiri), Adinan Maning (kiri) dan Chris De Noose (dua kanan) selepas menghadiri mesyuarat Institut Simpanan Wang Dunia Rantau Asia Pacific di Putrajaya, semalam. - Utusan/FAIRUZ IZYANA AYUB

CYBERJAYA 30 Mei - Kerajaan belum menetapkan jadual pelaksanaan untuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana hasil kajian mengenai cukai baharu itu masih perlu diteliti untuk memastikannya membawa manfaat kepada negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, GST sebanyak empat peratus adalah kadar neutral yang mana setiap tambahan daripada kadar itu akan membawa peningkatan hasil kepada kerajaan.

Beliau berkata, pelaksanaan GST bagaimanapun tidak menumpu kepada pertimbangan mengenai peningkatan hasil kerajaan semata-mata, tetapi turut mengambil kira soal kemakmuran rakyat.

"Kerajaan sedang dalam proses melihat perkara ini secara holistik. Kita akan mendapat maklum balas daripada ahli politik dan rakyat.

"Kita juga mahu menurunkan cukai korporat dan individu selain melihat sama ada boleh beri sedikit bantuan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Mesyuarat Institut Bank Simpanan Dunia (WSBI) Rantau Asia Pasifik, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan WSBI, Chris De Noose dan Pengerusi WSBI Rantau Asia Pasifik, Datuk Adinan Maning serta Pengerusi Bank Simpanan Nasional, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Husni berkata, pertumbuhan ekonomi pada 4.1 peratus bagi suku pertama 2013 adalah baik berbanding sesetengah negara berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi yang berdepan masalah untuk mencapai pertumbuhan satu hingga dua peratus.

"Anggaran pertumbuhan tahun ini ialah 4.5 hingga 5.5 peratus. Kita berharap akan memperoleh prestasi lebih baik pada suku seterusnya sekali gus membantu untuk mencapai sasaran," katanya.

Katanya, pertumbuhan ekonomi negara adalah dipacu oleh perbelanjaan swasta dan awam serta pelaburan pihak swasta, tetapi pertumbuhan itu dikekang oleh penurunan eksport.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Husni berkata, semua pihak termasuk bank simpanan perlu menyumbang idea yang dapat mencegah golongan tertentu meminjam daripada sumber tidak sah.

"Golongan ini adalah penduduk bandar yang berdepan masalah untuk mengembangkan sumber pendapatan. Mereka tidak mempunyai masa atau sumber lain untuk menambah pendapatan.

"Golongan ini turut meliputi mereka yang bekerja sendiri tetapi jualan atau pendapatan mereka terjejas oleh perubahan trend dan cita rasa pasaran," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130531/dn_07/Pelaksanaan-GST-belum-muktamad#ixzz2Wd8nHy2J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment