GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, May 31, 2013

Belum ada jadual pelaksanaan GST


ARKIB : 30/05/2013


CYBERJAYA 30 Mei - Kerajaan belum menetapkan jadual pelaksanaan untuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana hasil-hasil kajian mengenai cukai baharu itu masih perlu diteliti untuk memastikannya membawa manfaat kepada negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, GST sebanyak empat peratus adalah kadar neutral di mana setiap tambahan daripada kadar itu akan membawa peningkatan hasil kepada kerajaan.

Beliau berkata, pelaksanaan GST bagaimanapun tidak menumpu kepada pertimbangan mengenai peningkatan hasil kerajaan semata-mata, tetapi turut mengambil kira soal kemakmuran rakyat.

“Kerajaan sedang dalam proses melihat perkara ini secara holistik. Kita akan mendapat maklum balas daripada ahli politik dan rakyat.

“Kita juga mahu menurunkan cukai korporat dan individu selain melihat sama ada boleh beri sedikit bantuan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Mesyuarat Institut Bank Simpanan Dunia (WSBI) Rantau Asia Pasifik, di sini hari ini. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130530/dn_25/Belum-ada-jadual-pelaksanaan-GST#ixzz2Wd9EMqxW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment