GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, May 31, 2013

GST cara laksana akujanji, rasuah tidak dibasmi


Posted on Friday, May 31 @ 21:30:32 MYT by paktam

Oleh ARIF ATAN
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan GST yang mengoyakkan poket rakyat dilihat sebagai cara kerajaan BN mendapatkan wang bagi menunaikan 17 teras akujanji yang ditaburnya pada PRU13 lalu, tegas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

"Taktik Najib dan Kabinet barunya memperbodoh rakyat terserlah dengan cuba untuk memberikan keyakinan kepada umum kononnya cukai baru itu akan menjana pendapatan negara.

"Padahal, kerajaan BN hanya mengenakan cukai sehingga membebankan rakyat yang sudah cukup menderita dengan kos sara hidup tinggi tetapi rasuah dan salahlaku kuasa dibiar terus berlaku," katanya

Tambah Tony, tindakan BN 'menghadiahkan' rakyat dengan GST demi mengumpul wang bagi merealisasikan segala janji manifestonya jauh berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang akan melaksanakan reformasi radikal dalam mentadbir kekayaan negara.

"Kuasa ekonomi kepada rakyat akan diwujudkan melalui pembasmian rasuah dan penyelewengan kuasa dengan menaiktaraf ekonomi di peringkat rakyat terbanyak bukannya bebankan mereka dengan cukai yang menindas," jelasnya.

No comments:

Post a Comment