24 Mei 2013
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap barangan keperluan rakyat sebaik sahaja PRU selesai adalah suatu bentuk kezaliman.
Ahli Parlimen Marang itu menyifatkan tindakan sedemikian hanya akan membebankan rakyat ketika rakyat sudah terbeban dengan peningkatan mendadak kos sara hidup yang sedang berlaku dalam negara kita.
“Sepatutnya pihak kerajaan memilih kaedah lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan pendapatan negara, bukannya dengan memeras ugut rakyat ataupun menggunakan cara yang mudah dengan mengenakan cukai kepada rakyat awam.
“Peningkatan sumber kewangan negara juga mestilah terlebih dahulu difokuskan kepada mencapai urus tadbir kewangan yang lebih telus, adil dan jauh dari masalah rasuah serta ketirisan dari projek mega yang membazir,” katanya dalam satu kenyataannya semalam.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak hingga RM27 bilion jika cukai GST sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura.
No comments:
Post a Comment