GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, May 22, 2013

Rombak unit penguatkuasa


Publication: BH
Date of publication: May 21, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 006
Byline / Author: Oleh Haspaizi Mohd Zain

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan merombak bahagian penguatkuasanya bagi memastikan kawalan dan pemantauan harga barangan dilakukan secara berkesan.

Menterinya, Datuk Hasan Malek yakin cara itu boleh menyekat peniaga mengambil kesempatan terutama menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya sehingga membebankan pengguna.

Tumpu pembangunan

Katanya, sebagai menteri baru yang diamanahkan bagi menjaga kementerian itu, beliau akan memastikan tiada budaya 'politiking' dalam kementerian terbabit, sebaliknya mahu tumpuan diberikan kepada usaha membangunkan negara dan rakyat.

Kita juga tidak mahu pegawai sama bertugas di kawasan sama. Perlu ada penggiliran supaya orang tidak kenal mereka dan mudah bagi pegawai ini memberi maklumat tepat kepada kita supaya tindakan boleh diambil.

Kita akan mengambil tindakan dan turun padang jika ada laporan atau bukti harga barangan dinaikkan sewenang-wenangnya oleh peniaga, katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Hasan juga menjelaskan penyebaran khabar angin bahawa berlaku kenaikan harga barangan baru-baru ini adalah tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan imej kerajaan.

Mengulas cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Hasan berkata, ia bidang kuasa Kementerian Kewangan, namun pihaknya akan mengemukakan pandangan kerana membabitkan pengguna.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan persidangan itu, beliau berkata, pemahaman mengenai tadbir urus korporat akan membolehkan sektor kerajaan dan korporat mempunyai hala tuju yang selari.

No comments:

Post a Comment