GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 23, 2013

Kabinet belum putuskan untuk laksana GST


pada 23-05-2013 03:05


Post Pic

SHAH ALAM: Masih belum ada keputusan muktamad berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).
Dalam kenyataan medianya, hari ini, PEMANDU menjelaskan bahawa kadar cukai tujuh peratus yang disebut ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Idris Jalan dalam satu forum pada minggu lalu hanya merujuk kepada kadar GST yang dilaksanakan di Singapura.
 
Menurut PEMANDU, Idris hanya menjawab soalan yang dibangkitkan tentang bagaimana kerajaan akan mengimbangkan kira-kira berdasarkan janji yang dibuat oleh kerajaan BN.
 
Kenyataan itu juga menyebut keputusan muktamad mengenai pelaksanaan GST hanya akan diperolehi daripada Kabinet. 
 
Idris pada Jumaat lalu, berkata, Malaysia akan dapat menambah pendapatan sehingga RM27 bilion jika cadangan cukai GST sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di Singapura.
 
Mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang kelak, kata Idris dalam forum 'GE13 - What it means for business?' itu.
 
Beliau juga berkata GST akan menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia, seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto BN sebelum pilihan raya umum ke-13.
 
Ia bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam bahawa rakyat Malaysia akan dibebani dengan tambahan RM1,000 setahun jika kerajaan mengenakan tujuh peratus cukai GST. 
 
Dakwa Lim, dengan kadar cukai GST itu, ia akan memudahkan kerajaan untuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 seperti yang dijanjikan kerana pihak kerajaan sendiri sudah memperolehi tambahan RM5,000 jika melaksanakan cukai berkenaan.

No comments:

Post a Comment