GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Sunday, May 19, 2013

GST jana hasil RM27b


Publication: HM
Date of publication: May 18, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 062
Byline / Author: Oleh Helmy Abd Rahman

Kuala Lumpur: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar tujuh peratus seperti Singapura, akan membolehkan Malaysia menambah pendapatan antara RM20 bilion hingga RM27 bilion setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, angka itu dapat dicapai apabila setiap penduduk Malaysia mula menyumbang ke arah GST.

Apabila setiap penduduk Malaysia mula menyumbang ke arah GST, ia akan mencapai tahap matang. Ia harus dilaksanakan sebaik saja penduduk negara ini bersedia menerima mekanisme berkenaan.

GST juga akan menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) sebelum PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13) lalu, katanya pada forum 'GE13 - What it means for business? (PRU-13 - Apa Ertinya bagi Perniagaan?)' di sini, semalam.

Beliau berkata, pendidikan dan penerangan mengenai GST serta manfaatnya kepada ekonomi negara amat penting bagi membolehkan rakyat faham dan menerima mekanisme pencukaian itu nanti.

Sungguhpun bercadang memperkenalkan cukai baru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan komitmen bagi menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.

Ini membuktikan kerajaan inginkan keseimbangan dalam setiap langkah yang diambil, katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan komited mengekalkan hutang di bawah paras 55 peratus berbanding siling Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, dakwaan bahawa janji yang dibuat kerajaan sebelum pilihan raya akan meningkatkan nisbah hutang berbanding KDNK, daripada 53 peratus sekarang adalah tidak berasas.

Pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, ramai pakar ekonomi dan pemimpin dunia menganggap tidak masuk akal apabila saya mencadangkan mekanisme Malaysia yang menetapkan 55 peratus sebagai siling bagi nisbah hutang berbanding KDNK.

Malaysia sangat unik dengan paras hutangnya masih di bawah 55 peratus, berbanding Singapura dengan nisbah hutang berbanding KDNK 100 peratus, United Kingdom (80%) dan Perancis (81%), katanya.

No comments:

Post a Comment