GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, September 11, 2013

CTIM jangka cukai turun


Publication: BH
Date of publication: Sep 11, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 008
Byline / Author: Oleh Che Wan Badrul Alias

Institut Percukaian Bertauliah Malaysia (CTIM) menjangka kerajaan akan menurunkan cukai pendapatan antara tiga hingga empat peratus apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan kelak.

Presidennya, SM Thanneermalai, berkata pihaknya menjangka kerajaan akan mengumumkan pelaksanaanGST sebelum atau ketika pembentangan Bajet 2014 kerana ia memerlukan fasa sekurangkurangnya 18 bulan untuk dilaksanakan.

Beliau berkata, kebanyakan negara yang memperkenalkan GST sebelum ini turut mengumumkannya bersama dengan pengurangan cukai pendapatan persendirian bagi membantu golongan pertengahan menyerap sebarang kesan daripada pengenalan cukai itu.

Kumpulan pertengahan

"Kumpulan pertengahan adalah terdiri daripada pembayar cukai, maka kerajaan perlu membantu mereka dengan menawarkan pengurangan cukai pendapatan antara tiga hingga empat peratus.

"Secara purata, kelas pertengahan kini membayar cukai sekitar 18 peratus. Dengan pengurangan cukai pendapatan, mereka akan membayar cukai pada nilai kadar pertengahan iaitu kira-kira 14 peratus.

"Sementara golongan berpendapatan rendah pula, satu saluran terbaik untuk membantu mereka adalah dengan pemberian tunai secara langsung kepada golongan yang memerlukan, subsidi khusus atau bantuan kewangan yang sementara bagi sektor terjejas," katanya dalam satu pertemuan dengan BH di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Kanan PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd, berkata Malaysia perlu mengurangkan cukai pendapatan bagi memastikan negara terus berdaya saing di peringkat serantau.

Setanding negara luar

Ketika ini, cukai pendapatan negara adalah setanding dengan negara lain di rantau ini kecuali Singapura, namun pengumuman Thailand untuk mengurangkan cukai pendapatan persendirian dan korporat kepada sekitar 20 peratus dalam tempoh tiga tahun akan menjejaskan daya saing Malaysia.

"Kalau kerajaan Thailand mula komited mengurangkan cukai pendapatan, maka kita perlu memikirkan untuk mengurangkannya tidak kira sama ada kita laksanakan GST atau tidak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebagai permulaan kerajaan dijangka memperkenalkan GST pada kadar enam peratus iaitu kadar yang sama bagi cukai jualan dan perkhidmatan yang dilaksanakan kini.

Katanya, nilai itu lebih rendah berbanding negara lain yang sudah melaksanakan cukai itu seperti kadar tujuh peratus di Singapura dan Thailand, 10 peratus bagi Kemboja, Indonesia, Vietnam dan Laos, manakala Filipina sebanyak 12 peratus. GST di negara Eropah pula mencecah antara 18 hingga 22 peratus.

"Semua negara utama di rantau ini sudah melaksanakan GST, hanya Malaysia saja yang belum. Justeru ia perlu diperkenalkan sebagai mekanisma percukaian yang lebih berkesan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan," katanya.

INFO

* Enam peratus - jangkaan kadar GST Malaysia
* 18-22 peratus - kadar GST di Eropah

No comments:

Post a Comment