Publication: BH
Date of publication: Apr 11, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 006
PROGRAM Transformasi Kedai Runcit
(TUKAR) yang dilaksanakan sejak tahun lalu berupaya meningkatkan nilai jualan
harian peruncit hingga melebihi 400 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata pencapaian
itu selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk
mentransformasikan ekonomi golongan berpendapatan rendah khususnya di luar
bandar.
Katanya, kerajaan berharap
kejayaan itu membantu merealisasikan matlamat menjadi negara berpendapatan
tinggi.
Kita bangga pencapaian TUKAR dari
segi peningkatan jualan harian melepasi 400 peratus, katanya menjawab soalan
tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).
Beliau turut menafikan dakwaan
Nurul Izzah bahawa pelaksanaan TUKAR ada kaitan dengan rancangan memperkenalkan
cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya ia membantu peruncit
memodenkan perniagaan agar dapat bersaing dengan pasar raya besar.
Mengulas isu kekurangan
pembabitan kaum Cina dalam TUKAR yang direkodkan hanya 7.5 peratus, Tan
berkata, kerajaan mengakui pembabitan kaum berkenaan tidak menggalakkan
walaupun kementerian mengadakan program jelajah dan perbincangan dengan pihak
berkenaan.
Menjawab soalan asal Datuk Dr
Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) yang meminta penjelasan jumlah pekedai yang
menyertai TUKAR, Tan berkata tahun lalu, 519 kedai runcit berjaya dimodenkan,
melepasi sasaran 500 kedai.
No comments:
Post a Comment