GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, April 11, 2012

Tiada kaitan perkenal GST




Harian Metro
Apr 11, 2012, Page 018, Main Section

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata, bagaimanapun pelaksanaan program itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan rancangan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Program berkenaan tiada kaitan dengan rancangan memperkenalkan GST, sebaliknya ia bagi membantu peruncit memodenkan perniagaan mereka supaya boleh bersaing dengan pasar raya lebih besar.

“Di samping maklum balas positif yang diterima daripada peserta Tukar, hasil pelaksanaan itu juga menyebabkan jualan harian peserta turut meningkat secara drastik,” katanya.

Beliau berkata demikian membalas dakwaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) melalui soalan tambahan kononnya program itu adalah untuk menyediakan peruncit di negara ini bagi melaksanakan GST. Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis), Tan berkata tahun lalu, sebanyak 519 kedai runcit termasuk kedai runcit koperasi sudah dimodenkan di seluruh negara, melepasi sasaran 500 kedai yang ditetapkan. “Manakala sehingga 6 April, sebanyak 107 kedai runcit berjaya dimodenkan manakala 393 kedai lagi dalam peringkat pelaksanaan di seluruh negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment