GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, March 11, 2014

PM hurai pelan jadi negara maju (HL)


Publication: BH
Date of publication: Mar 8, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 001
Byline / Author: Oleh Rohaniza Idris; Nazura Ngah; Ahmad Farizal Hajat; Shahrizan Salian

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam menggariskan perancangan kerajaan bagi merealisasikan status negara berpendapatan tinggi, termasuk melaksanakan pembaharuan subsidi, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), memerangi rasuah dan menarik pelaburan asing.

Sambil menegaskan Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran itu, Perdana Menteri berkata, pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan yang baik untuk menuju matlamat menjadi negara maju.

Perlu luaskan aliran pendapatan

Berucap pada Sidang Kemuncak Dialog Ekonomi Kebangsaan, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata jika rakyat mahukan ekonomi terus berkembang kukuh, negara bukan saja mesti mengurangkan perbelanjaan tidak produktif, malah perlu meluaskan aliran pendapatan untuk meningkatkan pelaburan pada masa depan.

"GST membolehkan kita meningkatkan perbelanjaan pembangunan...daripada memberi subsidi, kita boleh belanjakan lebih banyak wang untuk pelaburan produktif ke atas infrastruktur, sekolah dan penjagaan kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Memacu Ekonomi Malaysia: Meneliti Punca Utama pada sidang kemuncak anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (ASLI) di sini.

Perdana Menteri berkata, keputusan Kabinet untuk meluluskan reformasi subsidi dilakukan hasil sokongan padu Perbendaharaan, Bank Negara serta Unit Perancang Ekonomi dan beliau tidak memandang ringan keputusan untuk mengurangkan subsidi atau memperkenalkan GST.

Menyedari rakyat merasai tekanan daripada peningkatan kos sara hidup, beliau mengambil pendekatan bercakap terus dengan rakyat menerusi sidang kemuncak berkenaan untuk menerangkan cabaran dihadapi negara dan tindakan kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih makmur dan kukuh.

Katanya, menerusi pelan strategik untuk memastikan kedudukan ekonomi yang baik, Najib berkata kemiskinan secara menyeluruhnya susut 97 peratus sejak 30 tahun lalu dan tiada lagi golongan miskin tegar.

No comments:

Post a Comment