GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, February 11, 2014

Suara orang muda penting


Publication: BM
Date of publication: Feb 9, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 011
Byline / Author: Oleh Rohaniza Idris; Nurul Hazren Masitom

Kuala Lumpur: "Kerajaan tidak pernah menolak atau enggan mendengar suara orang muda dan belia seperti difikirkan golongan berkenaan. Itu hanya persepsi," kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mengakui peranan belia dan suara orang muda.

Katanya, suara orang muda diperlukan kerana mereka bakal menerajui negara ini pada masa depan.

Parlimen Belia

"Itu sebab kita perkenalkan Parlimen Belia kerana di situlah kita mahu mendengar suara orang muda dan belia," katanya ketika sesi soal jawab di Simposium Kepimpinan dan Aspirasi Nasional Kedua, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dalam ucaptamanya, Khairy Jamaluddin berkata, hanya 20 peratus daripada belia dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit dengan Parlimen Belia, manakala selebihnya memberikan peluang kepada belia yang tidak aktif untuk memberi pendapat mereka.

Menjawab soalan peserta mengenai sistem pendidikan negara yang tidak selari dengan adanya sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, beliau akui perkara itu menyebabkan integrasi nasional sukar dicapai.

Katanya, mengubah sistem itu bukannya mudah kerana perlu mendapat sokongan semua pihak dan ia sangat kompleks.

Percaturan politik

"Ini realiti di tanah air, yang mana sistem pendidikan kita ditentukan oleh percaturan politik. Mendapatkan persetujuan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Pembangkang dalam isu ini sangat susah, ia bukan mudah dan mengambil masa," katanya.

Mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta pengurangan subsidi, katanya, kerajaan berbuat begitu bukan mahu menyusahkan rakyat sebaliknya mencari jalan membantu rakyat.

"GST diperkenalkan bagi meningkat pendapatan negara yang kemudian boleh digunakan semula untuk pembangunan negara, begitu juga dengan pengurangan subsidi," katanya sambil menambah GSTdilaksanakan di 160 negara.

Menjawab soalan mengenai sukan lasak atau sukan ekstrem yang didakwa kurang mendapat sokongan kementeriannya, beliau bersedia berjumpa dengan mana-mana kumpulan yang terbabit dalam sukan berkenaan.

No comments:

Post a Comment