GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, February 11, 2014

Awer: Kecekapan tenaga dapat jimat RM42 bilion wang rakyat

OLEH DIYANA IBRAHIM
FEBRUARY 11, 2014


Tarif elektrik terkini yang dikenakan kepada rakyat Malaysia. Gambar fail.Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) mendakwa lebih daripada RM42 bilion wang rakyat dapat dijimatkan pada 2025 hingga 2030 sekiranya kerajaan melaksanakan dasar kecekapan tenaga yang betul.

Presiden Awer, Piarapakaran S, berkata hasil kajian badan itu mendapati terdapat beberapa langkah yang diambil kerajaan tidak menepati piawaan dasar kecekapan tenaga dan sekiranya ia diberi perhatian dapat membantu mengurangkan beban rakyat akibat daripada peningkatan tarif elektrik.

"Kenaikan tarif tenaga elektrik yang mendadak baru-baru ini mengejutkan rakyat Malaysia dan bimbang tentang implikasi kos bagi barangan dan perkhidmatan.

"Kesan kenaikan tarif tenaga elektrik yang sepenuhnya hanya akan dapat dilihat dengan jelas mulai bil Februari. Namun, dasar kecekapan tenaga semasa dilihat tidak memberi faedah secara langsung kepada semua peringkat pengguna untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Piarapakaran berkata, Awer juga mendapati terdapat kelemahan dalam pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Kebangsaan (NEEAP) apabila ia tidak menunjukkan penambahbaikan dan pelan tersebut dilihat pengulangan kepada kegagalan seperti program "Rebet SAVE" dan Piawaian Minima Prestasi Tenaga (MEPS) .

"Program Rebet SAVE adalah contoh kegagalan mengurangkan harga produk cekap tenaga. Punca utama kegagalan ini adalah disebabkan kartel (price fixing) dan pencatutan (profiteering)," katanya.

Beliau berkata, biarpun isu tersebut berulang kali disampaikan dengan jelas kepada pegawai dan Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sejak 2012 namun ia masih digunapakai pada pelan NEAAP.

"Program Rebet SAVE sudah dirancang dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Kebangsaan (NEEAP). Mengapa KeTTHA ingin mengulang kesilapan yang sama," katanya.

Beliau berkata, begitu juga dengan pelaksanaan MEPS apabila ia dilihat kaedah yang begitu berkesan paling cepat dan murah untuk menghentikan produk tidak cekap tenaga di pasaran.

"Selepas desakan berterusan daripada Awer sejak 2012, Suruhanjaya Tenaga akhirnya melaksanakan MEPS bagi produk sedia ada yang mempunyai label kecekapan tenaga penarafan 5 bintang.

"Tetapi, MEPS ditetapkan pada nilai yang rendah. Kemasukan produk yang tidak dapat melepasi MEPS di negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Eropah dapat dilihat di pasaran Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar masalah tersebut diselesaikan oleh Suruhanjaya Tenaga agar nilai MEPS dapat ditingkatkan bagi mengelakkan Malaysia daripada menjadi tapak pelupusan teknologi lama dan produk tidak cekap tenaga.

Kajian badan itu menyatakan kebimbangan terhadap kecenderungan Suruhanjaya Tenaga mengambil pekerja yang tidak kompetan.

"Suruhanjaya Tenaga perlu mengambil kepimpinan dalam melaksanakan kecekapan tenaga di Malaysia dan tenaga kerja di jabatan. Itu yang menjadi penghalang pelaksanaan dasar kecekapan tenaga dan mesti dibuang serta-merta.

"Penyelesaian pantas dan cepat diperlukan bagi Malaysia untuk melaksanakan kecekapan tenaga dalam skala penuh," katanya.

Kenaikan tarif elektrik di Malaysia bermula pada 1 Januari, 2014, merupakan salah satu daripada program penyelarasan semula subsidi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Selain itu, subsidi petrol dan gula turut dipotong menyaksikan kenaikan harga bahan keperluan itu. Semasa membentangkan Bajet 2014 Oktober lalu, Najib juga mengumumkan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berkuatkuasa April 2015. - 11 Febuari, 2014.

1 comment:

  1. MY TESTIMONY FROM A LEGITIMATE MONEY LENDER

    Hello Everybody,
    My name is Mrs.Irene Query. I live in Philippines and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $150,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of$150,000.00 US. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs.Irene Query, that refer you to him. contact KELLY WILLIAMS,via email:(kellywilliawsfinancial@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete