GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, September 19, 2013

Kenaikan harga minyak dorong inflasi berganda


Salmiyah Harun, 
03 Sep 2013 

KUALA LUMPUR: Pakar Ekonomi PAS Dr Rosli Yaakob berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen dalam suasana nilai Ringgit Malaysia yang sedang lemah dalam pertukaran antarabangsa akan memberi kesan kepada inflasi berganda.

Katanya, inflasi tinggi akan mendorong harga barang naik keadaan ini akan memberi kesan kepada penurunan nilai ringgit, kesannya rakyat akan terus tertekan kerana menanggung kenaikan harga yang besar

"Harga barang akan berterusan naik, peniaga akan kekal dengan harga baru selepas kenaikan harga minyak tetapi harga barang tidak akan turun walaupun harga minyak diturunkan selepas itu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga bekas Pengarah Bank Negara Malaysia memberi jaminan harga barang akan naik selepas ini kerana minyak adalah input bahan mentah untuk perkhidmatan dan pengakutan seperti lori, bas dan teksi .

Malah katanya, dengan kenaikkan harga minyak ini kerajaan tidak boleh memberi alasan mudah kononya kerana harga minyak dunia telah naik.

"Alasan ini tidak boleh diterima pakai kerana harga minyak tidak naik sebesar itu. Tetapi kenapa minyak Malaysia tinggi, 20 sen itu tinggi lebih dari 10 peratus," soal beliau.

Justeru katanya, kerajaan telah menganiaya rakyat kerana mereka berbelanja boros untuk tampung kekurangan berlanjawan maka mereka menaikkan harga minyak.

"Kerajaan kita tidak bertanggungjawab kerana belanja boros! Belanjawan semakin besar, untuk mencari punca mendapatkan wang menaikkan harga minyak ini kerana pelaksanaan GST tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana mendapat bantahan rakyat.

"Tidak ada jalan lain untuk mendapatkan hasil lebih tinggi bagi membolehkan kerajaan terus berbelanja lebih boros jadi mereka naikkan harga minyak yang merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan pulangan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerajaan mungkir janji kerana dalam PRU 13 lalu mereka memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga minyak malangnya ia berlaku sebaliknya apabila rakyat terus memberi mandat kepada mereka.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Menurut Najib, kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, bermula hari ini RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

No comments:

Post a Comment