GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, September 18, 2013

Bantu miliki rumah


Publication: HM
Date of publication: Sep 14, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 070
Byline / Author: Oleh Sofyan Rizal Ishak

Petaling Jaya: Syarikat pemaju hartanah menjangkakan Bajet 2014 akan membentangkan dasar lebih ketat bagi sektor hartanah bertujuan membendung spekulasi dan membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah mampu milik.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia Gerard Kho berkata, bajet terbabit bukan perlu bersifat proaktif semata-mata, malah bermatlamat merangka dasar lebih konsisten bagi menarik keyakinan pelabur tempatan dan asing serta menawarkan prospek pelaburan jangka panjang dan berisiko rendah.

"Kerajaan perlu mempertimbangkan pemberian insentif tambahan berupa pengecualian duti setem atau insentif bonus bagi membantu pembeli baharu di samping pengecualian cukai pendapatan hasil sewa untuk tiga tahun pertama bagi mendorong pembeli mengekalkan aset dalam tempoh lama," katanya.

Sehubungan itu juga, Pengarah Urusan Andaman Property Management Sdn Bhd, Datuk Seri Vincent Tiew berkata, dasar terbabit diharap lebih berpandangan jauh dan dapat dijelaskan dengan baik untuk menggalakkan dan mengukuhkan perkembangan industri hartanah negara.

"Saya menjangkakan terdapat perubahan drastik kepada Cukai Keuntungan Hartanah (RGPT), namun saya lihat ia tidak begitu memberi kesan kepada keuntungan syarikat, namun aspek pengecualian duti setem perlu diberi tumpuan utama dalam sektor ini," katanya pada forum pemaju hartanah PropertyGuru di sini, semalam.

Acara tertutup itu menyaksikan beberapa syarikat pemaju hartanah berkongsi pandangan mengenai beberapa perkara dalam industri hartanah termasuk harapan bagi Bajet 2014, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), RGPT, kenaikan hartanah, kos pembinaan dan sebagainya.

Sebanyak tiga syarikat pemaju tempatan mengambil bahagian dalam acara anjuran PropertyGuru Malaysia iaitu Austin Height Sdn Bhd (Austin Height), Kumpulan Binastra (Binastra), Andaman Property Management Sdn Bhd (Andaman) dan Perbadanan Hartanah Malaysia (MPI).

Vincent berkata, pengecualian duti setem membantu rakyat untuk memiliki hartanah masing-masing, namun ia memerlukan pelaksanaan mekanisme lebih berkesan tanpa memberi impak negatif kepada semua pihak yang terbabit dalam industri itu.

Menurutnya, kerajaan diharap dapat mengkaji semula pengecualian duti setem terbabit kerana ia dapat mengurangkan beban dihadapi pembeli rumah yang berminat membeli hartanah kategori pertengahan hingga mewah sekali gus mewujudkan permintaan terhadap perumahan daripada unit kediaman segmen berkenaan.

"Selain pengecualian duti setem, inisiatif kerajaan dalam menawarkan rumah kediaman mampu milik melalui Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) amatlah di alu-alukan, ia memerlukan kerjasama daripada pihak kerajaan negeri dan institusi perbankan yang dilihat tidak begitu membantu dalam pelaksanaan inisiatif terbabit," katanya.

No comments:

Post a Comment