GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Sunday, June 2, 2013

Tidak perlu tergesa-gesa laksana GST


Publication: BH
Date of publication: Jun 1, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 018

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu diberi masa secukupnya untuk menjalankan kajian terperinci mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Mohamed Izat Emir, berkata kerajaan juga tidak perlu tergesa-gesa jika persiapan menghadapi pelaksanaan GST itu belum lengkap.

Kerajaan mampu mengatur program bagi memastikan pelaksanaan GST memberi kesan positif dan dimanfaat rakyat, katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kaji implikasi

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang dipetik berkata, kerajaan tidak akan melaksanakan GST dalam masa terdekat kerana masih mengkaji implikasi pelaksanaan serta kadarnya.

GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai ditambah kerana ia dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan, termasuk barang serta perkhidmatan yang diimport.

Jika dilaksanakan, ia akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada.

Izat berkata, pihak lain tidak perlu mengkritik objektif mulia yang sedang diatur kerajaan, sebaliknya memberi peluang program itu dirangka hingga selesai.

Sementara itu, Naib Presiden Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia, Ir Aziz Ismail, berkata rakyat perlu sedar faedah yang akan diterima jika GST dilaksanakan kelak, bukan hanya memikirkan harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat selepas pelaksanaannya.

No comments:

Post a Comment