GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, June 8, 2013

Kadar GST 7 peratus lebih sesuai


WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Jun 2013

KADAR enam hingga tujuh peratus adalah kadar yang lebih sesuai bagi Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang dijangka akan dilaksanakan di Malaysia tidak lama lagi.

Pengarah Eksekutif Kanan PricewaterhouseCoopers Malaysia, Wan Heng Choon berkata, kadar GST lebih tinggi daripada empat peratus yang dicadangkan kerajaan akan menjadikan sistem cukai lebih sama rata serta mengatasi masalah defisit negara.

“Kadar GST terlalu rendah tidak akan memberi manfaat kepada negara. Mengikut pandangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kadar GST kurang daripada 10 peratus tidak akan memberi pulangan jangka panjang kepada negara,” katanya semasa bengkel penerangan GST kepada media di Kuala Lumpur, semalam.

GST apabila dilaksanakan akan menggantikan sistem cukai yang diguna pakai Malaysia kini, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu pada kadar lima hingga 10 peratus. 

Menurut Heng Choon, kadar GST yang diperkenalkan kelak juga tidak semestinya tetap dan boleh dinaikkan atau diturunkan mengikut keperluan perbelanjaan negara. 

“Contohnya di United Kingdom (UK) semasa krisis ekonomi melanda Eropah. UK mempunyai kadar GST 15 peratus selama beberapa tahun tetapi apabila negara itu perlukan pendapatan lebih untuk atasi masalah dalam ekonomi mereka, kadar itu dinaikkan kepada 17 peratus sebelum diturunkan semula apabila ekonomi kembali stabil. 

“Ini membuktikan GST lebih berkesan dalam menjana pendapatan negara yang tidak lagi mampu diberikan melalui cukai korporat dan pendapatan,” katanya. 

Beliau juga menekankan pelaksanaan GST jika difahami secara terperinci oleh orang ramai sepatutnya tidak akan membawa kepada kenaikan harga barang tetapi ianya berkesan dalam menutup ketirisan hasil kutipan cukai negara.

No comments:

Post a Comment