GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, June 7, 2013

Perniagaan Malaysia mahu lebih banyak panduan cukai


6 Jun 2013

KUALA LUMPUR - Majoriti perniagaan di Malaysia mahu bimbingan daripada pihak berkuasa cukai mengenai perancangan cukai yang boleh dan tidak boleh diterima walaupun ia mengurangkan peluang menurunkan liabiliti cukai, demikian menurut kajian terbaru Laporan Perniagaan Antarabangsa (IBR) Grant Thornton.
Penyelidikan berkenaan yang merupakan kajian suku tahunan lebih 3,000 perniagaan di 44 negara, mendedahkan bahawa 68 peratus daripada perniagaan di seluruh dunia ingin lebih banyak bimbingan cukai.
Pemilik perniagaan di Malaysia (92 peratus) mendahului dalam kajian  kategori ini.
Negara-negara jiran seperti Singapura (88 peratus) dan Thailand (74 peratus peratus) menyatakan keperluan mereka untuk mendapatkan lebih banyak kerjasama global dan bimbingan cukai daripada pihak berkuasa cukai.
Pengarah Eksekutif Kanan Cukai Grant Thornton Malaysia Seah Siew Yun berkata mengurangkan liabiliti merentasi sempadan boleh menawarkan penjimatan cukai yang ketara.
"Jadi, adalah menarik untuk melihat bagaimana terbuka pemimpin perniagaan untuk meningkatkan bimbingan dan kerjasama global.
"Di United Kingdom, kes-kes berprofil tinggi baru-baru ini melibatkan Amazon, Google dan Starbucks sudah pasti meningkatkan pendapat orang ramai tentang perancangan cukai yang boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengenai apa yang perlu menjadi sumber utama hasil cukai bagi kerajaan, beliau berkata, kebanyakan pemilik perniagaan di Malaysia berkata pada masa ini  cukai syarikat (64 peratus), diikuti oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) (14 peratus), cukai jualan (10 peratus), cukai pendapatan individu (8.0 peratus) dan lain-lain duti eksais atau bukan cukai (4.0 peratus).
Di peringkat global, kebanyakan menyatakan sumbernya adalah cukai syarikat (25.2 peratus) dan GST (27.4 peratus).
Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa banyak perniagaan di rantau Asean  menimbangkan ketelusan yang lebih lagi dan menjadikan urusan cukai lebih terbuka kepada pelabur.
Perniagaan juga merancang untuk menjadikan urusan cukai mereka lebih telus kepada pelabur, pihak yang berkepentingan dan kepada orang ramai.
Negara-negara di rantau Asean bersetuju bagi lebih ketelusan, dengan Vietnam (94 peratus), Malaysia (92 peratus), Filipina (86 peratus), Singapura (84 peratus) dan Thailand (80 peratus).
Mereka yang kurangnya bersetuju ialah Jepun (7.7 peratus), Estonia (10  peratus), United Kingdom (12.8 peratus), Australia (13.3 peratus) dan Norway (14 peratus). - Bernama

No comments:

Post a Comment