GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, June 29, 2013

GST atasi masalah peniaga elak cukai


ARKIB : 28/06/2013



Ahmad Husni Hanadzlah


KUALA LUMPUR 27 Jun - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadangkan oleh kerajaan akan dapat membantu mengatasi masalah ketirisan kutipan cukai dalam kalangan peniaga.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kaedah GST berkesan kerana cukai dikenakan bagi setiap transaksi perniagaan.

"Berdasarkan kajian jangkaan untuk 2015, jumlah kutipan melalui sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada adalah RM20 bilion tetapi jika sistem ditukarkan kepada GST, jumlahnya ialah sebanyak RM26 bilion.

"GST jauh lebih efisien kerana dapat menghalang peniaga mengelak daripada cukai dan kita tidak boleh katakan tambahan RM6 bilion hasil kerajaan ini datang daripada rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut beliau, cadangan GST masih lagi di peringkat kajian dan pertimbangan kerajaan.

Ahmad Husni menjelaskan, GST bukan tambahan kepada cukai sedia ada, sebaliknya merupakan cadangan bagi menggantikan cukai SST.

"Kita sedang mengkaji impak GST kepada golongan berpendapatan rendah tetapi perlu diingatkan sebanyak 20 kumpulan barangan dan perkhidmatan akan diberikan pengecualian cukai seperti barang makanan," katanya.

Tegasnya, harga barang dan perkhidmatan tidak ditentukan sepenuhnya kepada cukai yang dikenakan tetapi melibatkan juga margin keuntungan peniaga.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment