GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, June 29, 2013

Barangan sifar GST


Publication: HM
Date of publication: Jun 28, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 031
Byline / Author: Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Rakyat dijamin tidak akan terbeban sekiranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksana mengantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang diguna pakai ketika ini.

Dewan Rakyat diberitahu semalam, kerajaan akan menggunakan kaedah pengkadaran sifar kepada semua barang keperluan asas yang banyak digunakan rakyat jika GST berkuat kuasa, kelak.

Barang antaranya, beras, gula, tepung, minyak masak, bawang, sayur-sayuran, daging dan ikan akan dikecualikan daripada cukai, selaras kadar sifar yang sedang dikaji.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (gambar) berkata, kerajaan belum menetapkan bila GST akan dilaksana, namun maklum mengenai kesan pelaksanaannya kepada golongan berpendapatan rendah.

"Berdasarkan kajian dibuat jika GST dilaksanakan, barangan keperluan asas hanya akan dikenakan GSTpada kadar sifar (0 peratus) barangan ini banyak digunakan rakyat berpendapatan rendah.

"Selain itu, perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, tol dan rumah kediaman juga dikategorikan sebagai 'exempt supply'.

"Ini bermaksud GST tidak akan dikenakan di peringkat akhir pembekalan perkhidmatan itu," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) di Parlimen, di sini semalam.

Ahmad Fauzi bertanya sejauh mana kerajaan memperjelaskan kepada rakyat jika bercadang mengenakanGST, sekali gus menyakinkan mereka supaya menerima kaedah percukaian itu.

Mengulas lanjut Ahmad Husni berkata, kerajaan memberi perhatian kepada pelaksanaan GST berikutan situasi dunia masa kini sedang berevolusi dari segi ekonomi, perniagaan dan percukaian.

No comments:

Post a Comment