GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, December 4, 2012

Nomura: PRU13 Mac, BN dijangka kekal kuasa


3 Disember 2012

KUALA LUMPUR - Firma perunding pengurusan kewangan antarabangsa, Nomura International (Hong Kong) Ltd menjangka kerajaan Barisan Nasional akan mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan pada Mac tahun depan.

Pakar ekonomi Asia Tenggara, Euben Paracuelles berkata belanjawan yang diumumkan pada dua tahun lepas akan membantu kerajaan pemerintah untuk mendapatkan sokongan daripada sektor berbeza ekonomi.

"Jangkaan kami ialah pilihan raya akan diumumkan hanya pada Mac (tahun depan) dan ada masa untuk kerajaan melaksanakan lebih banyak rangsangan.

"Tetapi sebaik sahaja selepas pilihan raya, kami fikir kerajaan perlu kembali semula kepada agenda pengukuhan fiskal dengan segera," katanya pada satu sidang media.

Bagaimanapun, beliau berkata pengukuhan fiskal itu akan seiring dengan kelembapan di China pada setengah kedua 2013, yang akan memberi kesan kepada Malaysia melebih lain-lain negara berikutan eksport komoditinya.

Permintaan luaran Malaysia dijangka kekal lengang tahun depan dengan pertumbuhan yang terus lemah di AS dan Eropah pada setengah pertama tahun depan dan di China bagi setengah tahun kedua, yang akan memberi kesan yang lebih besar kepada pengeksport komoditi tempatan.

Mengenai cadangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Paracuelles berkata ia hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum. - Bernama

No comments:

Post a Comment