GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, December 4, 2012

Firma Jepun yakin BN menang


2012/12/04 - 05:50:24 AM


Kuala Lumpur: Firma perunding pengurusan kewangan antarabangsa, Nomura International (Hong Kong) Ltd menjangka kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa pada Pilihan raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan Mac tahun depan. 

Pakar ekonomi Asia Tenggara, Euben Paracuelles, berkata belanjawan diumumkan dua tahun lalu akan membantu kerajaan pemerintah mendapatkan sokongan daripada sektor berbeza ekonomi. 


Jangkaan kami ialah pilihan raya akan diumumkan hanya pada Mac (tahun depan) dan ada masa untuk kerajaan melaksanakan lebih banyak rangsangan. 



Tetapi sebaik saja selepas pilihan raya, kami fikir kerajaan perlu kembali semula kepada agenda pengukuhan fiskal dengan segera, katanya pada sidang media. 

Bagaimanapun, beliau berkata, pengukuhan dasar fiskal itu akan seiring dengan kelembapan di China pada setengah kedua 2013, yang akan memberi kesan kepada Malaysia melebihi lain-lain negara berikutan eksport komoditinya. 

Permintaan luaran Malaysia dijangka kekal lengang tahun depan dengan pertumbuhan yang terus lemah di Amerika Syarikat dan Eropah pada setengah pertama tahun depan dan di China bagi setengah tahun kedua, yang dijangka memberi kesan yang lebih besar kepada pengeksport komoditi tempatan. 

Mengenai cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Paracuelles berkata ia hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum. BERNAMA 

No comments:

Post a Comment