GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, August 13, 2013

Malaysia perlu model ekonomi jangka panjang


ARKIB : 10/08/2013

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Malaysia perlu mengkaji semula pelaksanaan Model Baharu Ekonomi (MBE) untuk berjaya dalam jangka panjang, kata bekas Presiden dan anggota lembaga Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (Amcham), Datuk Nicholas S. Zeffreys.

Beliau berkata, Malaysia juga perlu melakukan banyak perkara sekarang, yang pertama adalah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ditangguhkan dan diharapkan akan dimasukkan ke dalam bajet akan datang.

"Malaysia tidak memperoleh hasil yang banyak tetapi lebih dalam perbelanjaan. Negara ini banyak bergantung kepada Petronas untuk membiayai 44 peratus daripada belanjawannya.

"Ini tidak baik untuk menjalankan negara berdasarkan pembiayaan syarikat. Oleh itu, GST dijangka membawa perubahan dalam hal itu," kata Zeffreys di sini, baru-baru ini.

Zeffreys merupakan antara anggota pasukan yang terlibat dalam pembentukan MBE.

Beliau juga berkata, Malaysia perlu menangani isu liberalisasi sektor perkhidmatan, yang dijangka menjadi bidang pertumbuhan besar pada masa akan datang.

"Ini sedang berlaku pada kadar yang amat perlahan kerana perlindungan dalam bidang tertentu," tambahnya,

Zeffreys berkata, pelaburan dari sektor swasta juga kurang daripada separuh berbanding 10 hingga 15 tahun lalu. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130810/ek_02/Malaysia-perlu-model-ekonomi-jangka-panjang#ixzz2bo7Lplv5 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment