GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, July 9, 2013

Masa sesuai laksana GST: Pakar


Bajet 2013

Kuala Lumpur: PricewaterhouseCoopers Taxation (PwC) berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

Pengarah Eksekutif Kanan, Wan Heng Choon, berkata saranan itu adalah bersandarkan kepada keadaan ekonomi Malaysia ketika ini yang masih menikmati pertumbuhan kukuh.

Katanya, ketika Malaysia terus menikmati kadar pertumbuhan yang baik serta berjaya mengawal defisit bajet, justeru sekarang adalah masa terbaik untuk melaksanakan GST. Heng Choon berkata, kadar GST di negara ini pada enam peratus adalah antara yang paling rendah jika dibandingkan dengan Singapura sebanyak tujuh peratus dan Australia 10 peratus. 

Lebih adil

Selain itu, katanya, pelaksanaan cukai itu adalah lebih adil kerana ia berdasarkan penggunaan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan yang dilaksanakan ketika ini.

“Ada banyak permintaan GST dilaksanakan selepas tempoh bertenang antara 12 hingga 18 bulan selepas ia diumumkan kerana ramai bimbang cukai itu akan meningkatkan inflasi. 
Perlu ada iltizam

“Dalam hal ini, perlu ada komitmen untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Perlu ada iltizam untuk memastikan pelaksanaan cukai itu ringkas dan mudah difahami,” katanya pada taklimat media mengenai Bajet 2013 di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Kanan PwC, Jagdev Singh dan Steve Chia Siang Hai. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, PwC juga berpendapat kerajaan perlu meng-umumkan bila GST akan dilaksanakan kerana ia menimbulkan ketidakpastian dalam perniagaan. 

“Ketidakpastian ini menyukarkan ahli perniagaan untuk membuat keputusan berhubung operasi perniagaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Jagdev berkata sasaran kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus menjelang 2015 daripada anggaran 4.7 peratus ketika ini boleh dicapai dengan disokong oleh pertumbuhan pendapatan kerajaan.

“Sasaran tiga peratus ini boleh dicapai, namun kerajaan perlu menyediakan kawalan bagi mengawal kos. Antara faktor yang memberi impak besar ke atas defisit bajet ialah pemberian subsidi yang menyumbang hampir 20 peratus daripada perbelanjaan kerajaan.

“Sebagai contoh, subsidi bahan api saja dianggarkan berjumlah RM20 bilion tahun lalu. Ia mungkin meningkat seiring dengan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya yang akan turut menyaksikan peningkatan penggunaan bahan api,” katanya. 

Beliau juga menyarankan kerajaan supaya hanya menawarkan insentif cukai kepada industri bernilai tinggi yang dapat memberi pulangan ekonomi berganda kepada negara.

Selain itu, diharapkan kerajaan akan dapat melanjutkan Elaun Pelaburan Semula bagi menggalakkan pelabur untuk terus kekal melabur di sini.

No comments:

Post a Comment