GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, July 12, 2013

GST boleh kurangkan kebergantungan minyak, gas


11 Julai 2013

KUALA LUMPUR - Kerajaan boleh mengurangkan pergantungannya kepada sektor minyak dan gas dengan memperoleh hasil tambahan yang dikumpul menerusi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd Group Dr Yeah Kim Leng berkata GST akan menyediakan fleksibiliti lebih besar kepada kerajaan untuk mengimbangi bajetnya serta meningkatkan perbelanjaan bagi merangsang ekonomi sekiranya timbul keperluan itu. 

Hasil daripada sektor minyak dan gas ketika ini menyumbang 40 peratus daripada kutipan hasil negara, katanya.

Sama dengan bentuk cukai lain, Yeah berkata rakyat Malaysia meraih faedah dalam bentuk perkhidmatan termasuk kesihatan, keselamatan dan pendidikan, sebagai balasan berkongsi beban cukai GST, kira-kira dalam bahagian apa yang mereka belanjakan. 

"Kerajaan tidak perlu mengurangkan perbelanjaan dalam bahagian ini sekiranya hasil tambahan boleh dikumpul menerusi GST. Selain manfaat langsung, tidak langsung, manfaat ekonomi yang besar daripada GST juga sama penting," katanya kepada Bernama. 

Bagi mengekalkan paras perbelanjaan semasa tanpa GST, Yeah berkata cukai lain seperti cukai pendapatan korporat dan individu perlu dinaikkan jika tidak defisit fiskal dan paras hutang akan terus memburuk dan negara berisiko kehilangan pelabur dan keyakinan pasaran secara mendadak.

Di rantau ini, Malaysia merupakan antara empat negara selain Hong Kong, Brunei dan Myanmar yang masih belum melaksanakan GST bagi meningkatkan hasil kerajaan.

RHB Research dalam nota penyelidikan baru-baru ini berkata pergantungan tinggi kepada hasil minyak menjadikan kerajaan terdedah kepada turun naik harga minyak mentah antarabangsa, yang berada di luar kawalannya.

"Penurunan mendadak dan ketara harga minyak mentah dijangka memberi tekanan dramatik kepada kedudukan fiskal, kerana kebanyakan perbelanjaan kerajaan cenderung menurun dan tidak boleh dipotong dengan mudah," kata firma penyelidikan itu.

Pada 2009, kerajaan mengalami penurunan mendadak harga minyak mentah sebanyak 38 peratus apabila hasil minyak menyumbang hampir 40 peratus kepada hasilnya.

Bagaimanapun, ia berjaya mengimbangi kesannya menerusi perubahan cukai bagi pendapatan petroleum daripada tahun sebelumnya kepada tahun semasa pada 2010. - Bernama

No comments:

Post a Comment