GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, July 9, 2013

Malaysia Boleh Urus Kewangan Lebih Baik Dengan GST, Kata Pakar Ekonomi



Oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah

SINGAPURA, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia berupaya menguruskan dengan lebih baik kewangannya dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Matthew Circosta, pakar ekonomi Moody's Analytics.

Circosta berkata Singapura, New Zealand dan Australia berjaya melaksanakan GST, manakala Jepun merancang meningkatkan cukai penggunaannya bagi membantu mengurangkan beban hutang kerajaan.

"Ketika ini, kerajaan Malaysia mendapatkan kebanyakan pendapatannya daripada cukai pendapatan korporat dan petroleum, kedua-duanya berkitaran tinggi dan bergantung kepada harga komoditi.

"GST akan membantu menghasilkan sumber pendapatan mapan bagi kerajaan dan mengekang defisit bajet dan keseluruhan paras hutang awam," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Singapura melaksanakan GST pada tiga peratus dan menaikkannya perlahan-lahan kepada kadar sekarang iaitu tujuh peratus.

Mengenai peratusan terbaik bagi Malaysia untuk bermula, Circosta berkata: "Sukar untuk menyatakannya, tetapi kemungkinan sekitar paras itu."

Beliau berkata pada 2009, kerajaan Malaysia merancang memperkenalkan GST empat peratus pada pertengahan 2011.

"Jepun mengenakan GST pada lima peratus dan merancang menaikkannya kepada lapan peratus pada 2014 dan 10 peratus pada 2015," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment