GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, September 7, 2012

Perubahan ketara peratusan cukai


Publication: BH
Date of publication: Sep 6, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 005
Byline / Author: Oleh Zuraidah Mohamed


Kuala Lumpur: Bajet 2013 dijangka memperlihatkan perubahan ketara dalam struktur peratusan cukai pendapatan persendirian dan korporat.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Abd Aziz Abu Bakar, berkata walaupun pengurangan cukai tidak boleh dibuat secara drastik, beliau yakin bajet kali ini tidak akan mengecewakan rakyat serta masyarakat perniagaan.

Katanya, kadar cukai pendapatan persendirian ketika ini adalah 26 peratus, lebih tinggi daripada negara jiran, justeru sewajarnya diturunkan kepada 24 peratus bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Sememangnya kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Singapura yang mana kadar cukai pendapatannya adalah 20 peratus. Namun, kita yakin apa yang akan kerajaan umumkan pada belanjawan nanti mengikut kemampuan negara.

Bajet 2013 pastinya tidak tersasar daripada berpaksikan rakyat dengan mengambil kira pelbagai pendekatan terbaik dalam menuju negara maju serta ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya kepada BH, semalam.

Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Mengulas lanjut, Abd Aziz berkata, cukai korporat Malaysia ketika ini adalah 25 peratus dan ia juga wajar diturunkan kepada 24 peratus.

MATA berpendapat langkah menurunkannya akan dapat mengurangkan jurang perbezaan cukai korporat negara ini dengan negara jiran, sekali gus mampu merangsang kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.

Bagaimanapun, kami yakin penurunan cukai korporat tidak banyak memberi kesan kerana kerajaan lebih menumpukan kepada pertumbuhan pelaburan domestik. Ini kerana kita tidak mahu bergantung kepada ekonomi luar, sekiranya berlaku sebarang krisis kita turut terjejas.

China umpamanya, mereka mempunyai pendapatan eksport yang besar terutama daripada Amerika Syarikat, tetapi mereka terdedah kepada risiko lebih besar sekiranya ekonomi utama dunia itu berdepan kemelesetan, katanya.

Ditanya mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berkata, ia tidak mungkin akan dilaksanakan dengan kadar segera.

No comments:

Post a Comment