GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, September 7, 2012

FMM mahu Bajet 2013 kurangkan cukai korporat


6 September 2012


KUALA LUMPUR - Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) mengulangi gesaan supaya kerajaan memperkenal cukai korporat yang lebih kompetitif dalam Bajet 2013.
   
Naib Presidennya Raja Datuk Abdul Aziz Raja Muda Musa berkata pengeluaran merupakan sektor yang sangat penting, dengan menyumbang kira-kira 29 peratus kepada keluaran dalam negara kasar negara (KDNK).
   
"Selain mengurangkan cukai korporat, kami juga berharap kerajaan menawarkan insentif untuk menarik lebih banyak pelaburan domestik dan pelaburan langsung asing (FDI)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan mengenai Unjuran Pasaran Indonesia dan strategi Kemasukan, anjuran FMM.
   
Dalam bajet yang akan dibentagkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen ada 28 Sept, Abdul Aziz berharap kerajaan akan mengurangkan cukai korporat bagi menarik lebih banyak FDI selain menyediakan insentif untuk bersaing dengan negara lain.
   
"Insentif yang dijangkakan ialah pelepasan cukai bagi pemasangan mesin dan peralatan baharu dan insentif menaik taraf kilang pengeluaran," katanya.
   
Abdul Aziz berkata walaupun penurunan cukai korporat akan mengurangkan pendapatan kerajaan, kekurangan itu boleh diimbangi dengan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
   
"Kita perlu mengkaji pelaksanaannya di negara lain sebelum menyemak semula cukai korporat supaya ia dapat menarik pelaburan," katanya.
   
Walaupun FMM kerap menggesa kerajaan menyemak menurun cukai korporat sebelum ini, cukai korporat Malaysia masih pada 25 peratus.
   
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Dr Wong Lai Sum berkata pendirian serius kerajaan dalam persekitaran perniagaan semasa akan digambarkan dalam Bajet 2013.
   
"Peruntukan  dalam bajet dijangka meningkatkan persekitaran perniagaan dalam negara, sekali gus memacunya ekonomi negara ke hadapan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment