GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, February 16, 2012

Pelaksanaan GST selepas kajian


Publication: BH
Date of publication: Feb 15, 2012
Section heading: Ekonomi
Page number: 006
Byline / Author: Oleh Junita Mat Rasid


KERAJAAN hanya akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di negara ini, selepas membuat kajian dan mendapat maklum balas daripada dewan perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata setakat ini kerajaan belum menetapkan tarikh khusus pelaksanaan GST, sebaliknya keputusan bergantung kepada hasil perbincangan dengan wakil komuniti perniagaan bagi memastikan mereka memahami langkah kerajaan.

Katanya, satu perbincangan meja bulat membabitkan wakil dewan perniagaan dan PKS dijangka diadakan pertengahan tahun ini sebelum diteruskan bacaan kali kedua di Dewan Rakyat bagi membolehkan pelaksanaan GST diluluskan.

Perbincangan itu membolehkan kita mendapat gambaran lebih jelas dan memahami sama ada Malaysia sudah bersedia dengan pelaksanaan GST. Kerajaan rasa dialog dan perbincangan lebih lanjut perlu dijalankan di seluruh negara bagi memberi mendapat maklum balas pelaksanaannya.

Hanya selepas semua pihak memahami keperluan GST dan mendapat sokongan majoriti daripada semua pihak, baru kita akan melaksanakan GST, katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan GST 2012, di Persada Johor, Johor Bahru, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja, Datuk Matrang Suhaili; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim serta Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Abd Aziz Abu Bakar.

Lim berkata, bacaan pertama pelaksanaan GST dibuat pada 16 Disember 2009 tetapi laporan daripada hasil perbincangan dengan pihak berkenaan menunjukkan kira-kira 80 peratus daripada komuniti perniagaan masih belum bersedia dengan pelaksanaannya menyebabkan ia ditangguhkan sehingga semua pihak memahaminya dengan jelas.

Katanya, hasrat kerajaan memperkenalkan GST dibuat sejak 1989 lagi dan pada masa ini 146 daripada 195 negara di dunia sudah melaksanakan GST dengan kadar serendah sebanyak lima peratus di Kanada dan Jepun sehingga ke kadar tertinggi 24 peratus di Ireland.

Beliau berkata, kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar, semua negara Asean turut melaksanakan GST dengan Singapura menetapkan kadar tujuh peratus, manakala Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam masing-masing dengan kadar 10 peratus.

No comments:

Post a Comment