GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, April 27, 2011

GST perlu mudah difahami


ARKIB : 26/04/2011


KUALA LUMPUR 25 April - Kerajaan digesa memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mana pelaksanaannya mudah difahami oleh rakyat negara ini, kata Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).

Presiden persatuan itu, Tan Sri William Cheng berkata: ''Kami berpendapat pelaksanaan GST perlu dilakukan kerajaan bagi mengembangkan sistem pencukaian negara serta membantu mengurangkan defisit.

''Untuk melaksanakannya kerajaan perlu mencari satu model atau contoh negara yang mudah difahami oleh masyarakat Malaysia,'' katanya pada sidang akhbar selepas berucap pada taklimat GST anjuran ACCCIM di sini hari ini.

Cheng berkata, setakat ini, 140 negara telah melaksanakan GST dengan kadar sehingga 18 peratus dan cadangan kerajaan untuk mengenakan GST pada kadar empat peratus adalah munasabah.

''GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Dengan pelaksanaan GST, produk keluaran tempatan boleh ditawarkan pada harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai," katanya.

GST sepatutnya diperkenalkan kerajaan pada 2005 tetapi telah ditangguhkan beberapa kali bagi memastikan rakyat Malaysia benar-benar bersedia melaksanakannya.

Selain itu, ACCCIM juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dengan mengadakan ceramah bergerak di seluruh negara untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai GST.

''Sebelum ini setiap ceramah mengenai GST diadakan dalam Bahasa Melayu atau Inggeris menyebabkan komuniti perniagaan yang menggunakan Bahasa Mandarin tidak faham apa yang cuba disampaikan.

''Oleh demikian ACCCIM mengambil langkah dengan mengadakan ceramah bergerak dalam Bahasa Mandarin di seluruh negara bermula dengan Kuala Lumpur pada hari ini,'' jelasnya.

Ceramah bergerak itu terbuka kepada semua.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0426&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_10.htm#ixzz2WRv6qOdF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment