GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, May 6, 2011

Kerajaan sedang kaji kurangkan cukai korporat, individu


ARKIB : 05/05/2011


PASIR GUDANG 5 Mei – Kerajaan kini sedang mengkaji mengurangkan lagi cukai korporat dan individu di dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Katanya, pengurangan itu boleh dilaksanakan sebaik sahaja pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sudah lama ditunggu-tunggu dilaksanakan di negara ini.

"Lebih 225 negara di dunia telah melaksanakan GST dan Malaysia perlu melaksanakannya awal atau kemudian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pantech Stainless & Alloy Industries Sdn Bhd (PSA) bernilai RM100 juta milik Pantech Group Holdings Bhd di Estet Perindustrian Pasir Gudang di sini hari ini.

Dengan pelaksanaan GST itu, kerajaan berharap dapat mengurangkan paras defisit negara ini yang kini berada pada paras 5.0 peratus kepada antara 2.8 peratus dan 3.0 peratus menjelang 2015.

Donald berkata, komuniti perniagaan dan industri juga boleh menjangka menerima habuan dari bajet itu kerana kerajaan mengakui peranan penting yang dimainkan oleh sektor swasta bagi mengubah Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0505&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_41.htm#ixzz2WRvQ8AJf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment