GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 26, 2011

Kaji selidik tunjuk 40% PKS tak sedia laksana GST


ARKIB : 25/04/2011


KUALA LUMPUR 25 April - Satu kaji selidik oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menunjukkan bahawa 40 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak bersedia untuk melaksanakan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ia juga menunjukkan bahawa mereka memerlukan antara 12 dan 18 bulan untuk bersiap sedia melaksanakannya.

Timbalan Pengerusi PKS dan Majlis Nasional ACCCIM Koong Lin Loong berkata, kaji selidik itu juga mendedahkan ramai orang merasakan sistem itu akan menyebabkan inflasi dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi.

Beliau berkata demikian kepada Bernama semasa taklimat mengenai GST yang dianjurkan oleh ACCCIM, di sini, hari ini.

Koong berkata, PKS perlu bersiap sedia kerana mereka perlu menaik taraf perakaunan dan juga sistem komputer mereka bagi sistem itu. Mereka juga perlukan khidmat nasihat bagi memastikan keberkesanannya kepada mereka jika sekiranya sistem itu dilaksanakan. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0425&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm#ixzz2WRulhO7h
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment