Bajet 2013 BARU
Bajet 2013
KUALA LUMPUR - Walaupun ia adalah sesuatu yang mencabar  bagi kerajaan mendapatkan sasaran defisit belanjawan 4.0 peratus tahun depan, adalah tidak mustahil ia mampu dicapai dengan catatan pendapatan yang lebih baik daripada dijangkakan dan berita positif mengenai ekonomi AS, kata sebuah syarikat penyelidikan dan perundingan terkemuka hari ini.

Faktor sokongan lain termasuklah sokongan hutang kepada syarikat-syarikat Eropah yang mengalami masalah serta jangkaan pemulihan dalam pasaran eksport global tahun depan, kata ketua pegawai eksekutif Spire Research and Consulting, Leon Perera dalam reaksinya kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan hari ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata perubahan dalam kadar cukai langsung sebanyak satu poin peratusan seharusnya meningkatkan penerimaan cadangan Cukai Barangan dan Produk (GST) sementara pengembangan belanjawan yang sederhana tidak membimbangkan selagi ia melibatkan inflasi.

Perera juga berkata belanjawan itu jelas bertujuan menjuruskan kepada pro-teknologi dan pro-keusahawanan dengan peruntukan tambahan RM2 bilion kepada pembiayaan Teknologi Hijau dan RM50 juta Yayasan Usahawan Baharu untuk mengukuhkan usahawan teknologi maklumat dan komunikasi.

"Itu boleh meningkatkan faktor produktiviti yang sememangnya penting bagi mencapai sasaran pendapatan Program Transformasi Ekonomi 2020," kata beliau. - Bernama