GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, September 23, 2013

Pemaju boleh tuntut semula cukai dikenakan


Publication: HM
Date of publication: Sep 21, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 061

Kuala Lumpur: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak seharusnya memberi kesan kepada harga hartanah khususnya projek kediaman kerana pemaju dan kontraktor boleh membuat tuntutan semula kepada kerajaan setiap cukai yang dikenakan.

Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata, harga kediaman yang ditawarkan sepatutnya berada pada tahap neutral atau tiada peningkatan selepas GST dilaksanakan kerana pemaju berpeluang menjimatkan kos.

"Walaupun mereka dikenakan cukai untuk barangan lain, namun mereka boleh menuntut semula cukai yang dikenakan itu tidak sepatutnya pertambahan kos itu diletakkan ke atas bahu pembeli," katanya.

Menurutnya, sekiranya GST dilaksanakan, ia juga memberi ruang kepada pemaju dan kontraktor untuk menjimatkan kos secara keseluruhan kerana setiap yang dikenakan cukai boleh didapatkan semula.

"Sepatutnya, tidak timbul peningkatan harga kediaman kerana pemaju dan kontraktor dapat menjimatkan kos berikutan barangan digunakan walaupun dikenakan cukai, namun mereka masih boleh mendapatkannya semula.

"Sekiranya kos pembinaan dijimatkan, maka tiada peningkatan harga kediaman sepatutnya berlaku atau sekurang-kurangnya ia berada pada tahap neutral sebagaimana sebelum GST dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Bisnes Metro di sini.

No comments:

Post a Comment