20 Ogos 2013
KUCHING - Menggalakkan pelancongan merupakan antara objektif bagi cadangan untuk memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) untuk menggantikan sistem cukai semasa, kata Pegawai Kastam Unit Pasukan Petugas Khas GST Mohamad Sabri Saad.
Beliau berkata pelancong akan dibenarkan menuntut GST yang dibayar bagi pembelian di bawah skim bayaran balik pelancong manakala di kawasan-kawasan tertentu termasuk Labuan, Langkawi dan Tioman, tiada GST akan dikenakan.
"Model GST Malaysia mengambil kira kebajikan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, yang akan mendapat penilaian sifar asas bahan makanan, air dan elektrik tanpa GST ke atas perkhidmatan kerajaan," katanya pada seminar mengenai GST di sini hari ini.
"Kadar GST akan ditetapkan pada kadar yang rendah untuk meminimumkan kesan GST terhadap harga dan kebanyakan barangan berkadar sifar akan diturunkan dari segi harga," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengarah Kastam dan Eksais Sarawak Ahmad Jii kata sebanyak 160 negara telah mendapat manfaat daripada GST kerana eksport mereka akan menjadi lebih berdaya saing. - Bernama
No comments:
Post a Comment