Oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 23 Julai - Sebanyak 85 peratus daripada tender yang dikeluarkan kerajaan telah berjaya direkodkan di bawah paras harga pasaran, hasil penambahbaikan perbelanjaan yang telah dilaksanakan tahun ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130724/ek_03/Tender-bawah-harga-pasaran#ixzz2ZwanQKfF
© Utusan Melayu (M) Bhd
ekonomi@utusan.com.my
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perlaksanaan berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan defisit belanjawan kepada empat peratus tahun ini.
Menurutnya, defisit membabitkan imbangan antara perbelanjaan dan perolehan kerajaan, oleh itu kedua-dua aspek itu perlu ditambah baik tanpa perlu membuat pemotongan perbelanjaan dalam mana-mana sektor.
"Hanya perbelanjaan berkualiti diutamakan, selain mengetengahkan pengurusan yang lebih baik. Tender dilaksanakan secara terbuka dan hasilnya 85 peratus projek berjaya dicapai di bawah harga sebenar.
"Dari segi perolehan, kerajaan dari semasa ke semasa akan terus meningkatkannya. Kerajaan tidak ada masalah untuk mencapai sasaran defisit empat peratus tahun ini dan 3.5 peratus tahun hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap di Persidangan Perbankan Malaysia ke-17 di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam usaha mengurang defisit, kerajaan juga perlu melihat kepada keperluan perbelanjaan baharu, aku janji pilihan raya dan perbelanjaan pembangunan.
"Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi merupakan cara meningkatkan perolehan.
"GST memerlukan setahun untuk dilaksanakan dan jika diumumkan, paling awal pada 2015 baru boleh dilaksanakan.
"Yang paling cepat adalah rasionalisasi subsidi tetapi kerajaan perlu berhati-hati untuk mengelakkan harga barangan meningkat kepada paras yang boleh menjejaskan rakyat," jelasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), beliau berkata, negara mampu mencapai kasar lima peratus jika tidak berlaku sebarang perkara luar biasa dalam ekonomi dunia.
"Suku pertama agak perlahan disebabkan eksport yang jatuh agak teruk tetapi ini masih awal kerana pelaburan swasta dan kerajaan belum dioptimumkan sepenuhnya.
"Tiga elemen iaitu pelaburan swasta, perbelanjaan swasta dan perbelanjaan kerajaan menjadi faktor penting kepada suku-suku seterusnya," katanya.
Tambah beliau, negara memiliki ekonomi domestik yang kukuh untuk mengimbangi kejatuhan eksport.
Tender dengan sebutharga pun kena GST ke? kebanyakan tender kerajaan tidak dikenakan cukai perkhidmatan (6%)..harap ianya jelas masa nak laksanakan GST nanti
ReplyDeleteNak lebih jelas kena hadiri seminar GST yg akan diketuai oleh En Ahmad Zulhelmi@SALIHIN
DeleteSalam tuan..saya berminat untuk hadir seminar GST tersebut..Harap boleh kasi jadual seminar yang akan dijalankan pada tahun ini. TK
ReplyDeleteJadula seminar akan dipaparkan di laman web www.salihin.com.my sedikit masa lagi.. kalau Tuan Haji berminat utk sertai, harap bersabar menunggu... :)
DeleteTerima kasih atas maklum balas tuan. Harap tuan dapat sediakan column pendaftaran utk sesiapa yang berminat utk menyertai seminar tersebut.
ReplyDeleteNoted with thanks.. :)
Delete