GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, July 16, 2013

GST tingkat daya saing firma tempatan


2013/07/15 - 07:24:10 AM

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan syarikat tempatan menjadi lebih kompetitif untuk bersaing pada peringkat antarabangsa, kata sebuah syarikat percukaian, audit dan perakaunan, MNZWAJ Associates. 

Ia berikutan potensi penjimatan kos pengeluaran hasil penghapusan pelbagai cukai tersembunyi membabitkan pembelian barang mentah perniagaan. 

Selain mengurangkan modal pengeluaran, GST juga membolehkan peniaga menuntut kembali pembayaran cukai bahan mentah, iaitu cukai GST yang dikenakan untuk pembelian setiap barangan mentah daripada cukai GST yang dikenakan bagi jualan produk siap. 

Pengarah Urusannya, Mohd Nasri Ismail, berkata kini cukai sedia ada yang dikenakan bagi pembelian bahan mentah syarikat menjadikan produk keluaran mereka tidak boleh ditawarkan pada harga kompetitif berbanding produk sama luar negara. 

Katanya, keadaan itu menyebabkan syarikat tempatan mengenakan harga lebih tinggi berbanding pesaing luar negara kerana faktor kos pengeluaran lebih tinggi yang mana ia menyebabkan syarikat tempatan hanya bergantung kepada jualan dalam negara. 

“Walaupun tujuan pelaksanaan GST adalah untuk meningkatkan sumber pendapatan kerajaan, ia tidak akan menyebabkan pertambahan beban cukai sedia ada kerana GST bertindak menggantikan cukai yang tidak seragam yang kini dikenakan ke atas kebanyakan bahan mentah. 

Pengaruhi eksport negara 

“Justeru, tidak akan berlaku pertambahan bayaran cukai secara keseluruhannya, tetapi ia membolehkan kerajaan mengekang ketirisan cukai dalam kalangan syarikat kerana GST memerlukan simpanan rekod bagi membolehkan syarikat menuntut kembali cukai input mereka,” katanya kepada BH di Shah Alam, baru-baru ini. 

Beliau berkata, GST juga akan mempengaruhi eksport negara secara positif kerana selepas cukai itu dilaksanakan, ia tidak akan dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan yang dieksport ke luar negara. 

Setakat ini, 146 negara di seluruh dunia sudah melaksanakan GST atau VAT dan bagi rantau Asia Tenggara, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar saja yang masih belum lagi melaksanakan sistem cukai berdasarkan penggunaan itu.

No comments:

Post a Comment