GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, July 1, 2013

Perjelas GST betul-betul



Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi memberi maklumat dan penerangan terperinci mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat sebelum ia dapat dilaksanakan.

Cadangan itu dibangkitkan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berikutan mahu rakyat maklum mengenai pelaksanaan cukai berkenaan secara keseluruhannya termasuk implikasi kepada mereka dan kerajaan. Pengarah Komunikasinya Mohd Yusuf Abdul Rahman berkata, ketika ini ramai rakyat masih kabur mengenai GST, malah ada yang memberi persepsi negatif apabila cadangan pelaksanaannya dibincangkan secara lebih serius sehingga ke Dewan Rakyat.

“Kita tak boleh menafikan perkara ini kerana sejak GST diperkatakan pada 2006, rakyat tidak menerima maklumat jelas mengenai pelaksanaannya, bagaimana ia dijamin tidak membebankan dan adakah betul-betul menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Sebab apa yang kami maklum penstrukturan GST dan SST berbeza, ia mungkin boleh menjadi satu sistem pencukaian baru, namun bagaimana ia dapat dilaksanakan, FOMCA sendiri masih tidak jelas.

“Atas sebab itu, kami memohon kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas yang boleh menjadi penyalur maklumat dan penerangan terperinci mengenai perkara ini supaya akhirnya ketika mahu dilaksanakan, semua pihak akan lebih jelas dan bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan GST yang dapat membantu mengatasi masalah ketirisan kutipan cukai dalam kalangan peniaga.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Dewan Rakyat kelmarin, memberi jaminan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat golongan berpendapatan rendah.

No comments:

Post a Comment