GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, July 1, 2013

DAP Tak Puas Hati Jawapan Kerajaan Mengenai GST


    June 30, 2013

KUALA LUMPUR – DAP terus mendesak kerajaan Pusat supaya tidak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana didakwa akan menyusahkan rakyat negara ini.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mendakwa parti itu meragui jawapan kerajaan berhubung perkara itu di Parlimen apabila memaklumkan kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan.

“Jawapan ini menandakan kerajaan hanya menagguhkan sementara pelaksanaan GST dan ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa difikirkan perlu.

“Kerajaan perlu ingat pelaksanaan GST akan membangkitkan kemarahan rakyat. Kerajaan perlu ingat 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan kurang RM3,000 sebulan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Chin Tong mendakwa pelaksanaan GST akan menyebabkan taraf kehidupan 60 peratus rakyat Malaysia terbabit terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan terpaksa membayar cukai melalui GST.

Dakwa beliau, pendapatan boleh guna golongan itu juga akan berkurangan akibat kutipan GST dan sekali gus menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara terjejas.

“Ini kerana dalam keadaan eksport yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi,” dakwanya.

Justeru, dakwanya, pelaksaaan GST akan menambah derita golongan berpendapatan rendah dan secara tidak langsung membebankan kerajaan ekoran kesan buruk kepada ekonomi negara.

Bagaimananpun, beliau meminta kerajaan Pusat mewujudkan satu jawatankuasa pilihan Parlimen bagi mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia jika benar-benar mahu melaksanakan GST.

No comments:

Post a Comment