Publication: BH
Date of publication: Sep 11, 2012
Section heading: Bisnes
Page number: 004
PERSEKUTUAN Pekilang-pekilang Malaysia FMM) mengulangi
gesaan supaya kerajaan memperkenal cukai korporat yang lebih kompetitif dalam
Bajet 2013.
Naib Presiden Raja Datuk Abdul Aziz Raja Muda Musa, berkata
pengeluaran adalah sektor yang sangat penting, dengan menyumbang kira-kira 29
peratus kepada keluaran dalam negara kasar negara (KDNK).
Selain mengurangkan cukai korporat, kami juga berharap
kerajaan menawarkan insentif untuk menarik lebih banyak pelaburan domestik dan
pelaburan langsung asing (FDI), katanya.
Dalam bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen ada 28 September ini, Abdul Aziz
berharap kerajaan akan mengurangkan cukai korporat bagi menarik lebih banyak
FDI selain menyediakan insentif untuk bersaing dengan negara lain.
Pelepasan cukai
Insentif yang dijangkakan ialah pelepasan cukai bagi
pemasangan mesin dan peralatan baharu dan insentif menaik taraf kilang
pengeluaran, katanya. Abdul Aziz berkata, walaupun penurunan cukai korporat
akan mengurangkan pendapatan kerajaan, kekurangan itu boleh diimbangi dengan
melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Kita perlu mengkaji pelaksanaannya di negara lain sebelum
menyemak semula cukai korporat supaya ia dapat menarik pelaburan, katanya.
Walaupun FMM kerap menggesa kerajaan menyemak menurun cukai
korporat sebelum ini, cukai korporat Malaysia masih pada 25 peratus.
No comments:
Post a Comment