GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, April 9, 2010

Kerajaan pantau harga selepas GST dikuatkuasa


ARKIB : 08/04/2010


KOTA KINABALU 7 April - Kerajaan akan memperkenalkan Akta Anti-Keuntungan dan Panduan Harga Pengguna bagi mengawal aktiviti penipuan, kata Pengarah Projek GST Kementerian Kewangan, Ezleezan Othman.

Katanya, kerajaan akan memastikan peniaga atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan berat sebaik sahaja akta anti-keuntungan itu dikuatkuasakan kelak.

"Ini termasuk hukuman penjara dan denda jika disabitkan kesalahan," katanya pada taklimat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada penjawat awam Persekutuan dan Negeri di sini hari ini.

Mengenai GST, beliau berkata kerajaan akan memantau harga barangan dan perkhidmatan setelah GST yang baharu dikuatkuasakan.

Ezleezan berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan wujud peniaga atau pembekal perkhidmatan yang akan menaikkan harga bagi mengelirukan rakyat.

"Ramai yang masih tidak faham tentang GST. GST ini tidak menyebabkan harga barang naik kerana kerajaan akan menurunkan cukai 5.0 peratus kepada 4.0 peratus.

"Rakyat tidak sepatutnya membayar lebih. Malah, terdapat barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari cukai," katanya. — Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0408&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_06.htm#ixzz2WRESBbYV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment