GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, August 13, 2012

GST beri kesan positif kepada ekonomi negara


OLEH MOHD FARHAN DARWIS
AUGUST 13, 2012
KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Pengenalan skim cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atau VAT (cukai nilai tambah) sebenarnya mampu memberikan kesan positif kepada ekonomi negara, lapor akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar harian itu melaporkan melalui pengenalan cukai tersebut, ia mampu untuk menarik kehadiran pelancong ke Malaysia kerana seperti mana 146 negara lain di seluruh dunia yang memperkenalkan cukai ini, mereka telah menawarkan skim pemulangan cukai kepada pelancong yang membeli-belah di negara mereka
“Negara-negara itu telah memperkenalkan GST dan VAT yang mana melalui skim itu, setiap pelancong mendapat keistimewaan bayaran balik cukai bagi barangan yang dibeli,” lapor akhbar berkenaan.
- Gambar fail
sebelum ini dilaporkan berkata, “seperti mana-mana negara lain yang telah melaksanakannya, Malaysia juga akan memperkenalkan skim bayaran balik pelancong yang mana mereka boleh menuntut kembali GST yang dibayar ke atas pembelian barangan.”
Melalui cara itu, Najib turut menjelaskan GST dijangka akan dapat memberikan kesan positif kepada pertumbuhan negara, terutama ke atas sektor eksport dan pelancongan.
Malaysia bagaimanapun setakat ini masih lagi belum melaksanakan GST atau VAT dan ianya masih lagi dalam perbahasan di Dewan Rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein sebelum ini berkata pengenalan GST dan VAT ini juga bakal,”mengurangkan kos bagi menjalankan perniagaan di Malaysia dan perkhidmatan akan menjadi lebih kompetitif di pasaran tempatan serta antarabangsa.”
“GST adalah neutral kepada inflasi dan hasil kerajaan keseluruhannya kerana matlamatnya adalah bagi menyusun semula percukaian negara bagi memastikan ia telus dan mesra perniagaan,” katanya lagi.
Antara negara membangun yang telah pun melaksanakan GST setakat ini adalah seperti Venezuela, Sri Lanka, Afrika Selatan dan Sudan.
Sehingga kini masih belum ada lagi tarikh khusus bagi perlaksanaan GST tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai juga sebelum ini berkata kerajaan hanya akan melaksanakan skim berkenaan setelah mendapat persetujuan komuniti perniagaan termasuk syarikat industri kecil dan sederhana di negara ini.
Sehingga itu, belum ada tarikh khusus bagi perlaksanaan GST tersebut.

No comments:

Post a Comment