GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, July 19, 2012

GST: Adakah rakyat bersedia?


ARKIB : 18/07/2012
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
ekonomi@utusan.com.my

Cukai barangan dan perkhidmatan sesuai diperkenalkan apabila ia tidak dijadikan sentimen oleh orang ramai.

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan mengambil langkah yang betul untuk tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga seluruh rakyat memahaminya.

Presiden Institut Cukai Bertauliah Malaysia, SM Thanneermalai berkata, GST adalah pelaksanaan cukai yang penting dan sewajarnya rakyat memahami secara menyeluruh.

"Saya difahamkan kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan GST, tetapi adakah rakyat sudah bersedia?.

"Jadi, tidak salah sekiranya kerajaan menangguhkan sehingga semuanya boleh menerima GST," katanya ketika ditemui pada majlis Persidangan Cukai Kebangsaan 2012 di sini hari ini.

Majlis perasmian persidangan itu disempurnakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ditanya bilakah masa yang sesuai untuk memperkenalkan GST, Thanneermalai berkata, apabila cukai tersebut tidak dijadikan sentimen oleh orang ramai.

Kerajaan merancang untuk melaksanakan GST pada 2010 dengan mengenakan sebanyak empat peratus.

Bagaimanapun, bacaan kali kedua pembentangan itu ditangguhkan dua kali, iaitu pada Mac 2010 dan April lalu.

Thanneermalai berkata, Malaysia tidak terdesak untuk memperkenalkan GST, meskipun kebanyakan negara serantau sudah melaksanakannya.

Setakat ini sebanyak 146 buah negara sudah melaksanakan sistem GST termasuk Jepun, Kanada, Singapura, Australia dan Hong Kong.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment