GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, April 26, 2013

Program TUKAR ubah landskap kedai runcit


Publication: BH
Date of publication: Apr 25, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 040
Byline / Author: Oleh Habsah Dinin

PROGRAM Transformasi Kedai Runcit dikenali juga sebagai TUKAR diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tujuan asal adalah untuk memodenkan operasi kedai runcit tradisional yang semakin kompetitif dalam sektor peruncitan kepada rupa fizikal yang lebih moden dan maju. Pendekatan ini menjadikan kedai runcit lebih berdaya saing dan maju.

Menerusi program ini, KPDNKK melaksanakan empat strategi yang mana tujuan akhirnya agar sektor peruncitan mampu menyumbangkan sebanyak RM5.56 bilion kepada pendapatan negara kasar (PNK) dan mewujudkan sebanyak kira-kira 52,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Pada tahun 2012, sebanyak 568 buah kedai runcit berjaya dimodenkan di bawah TUKAR. Jumlah ini melebihi sasaran 500 kedai runcit yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu, 453 adalah pemilik kedai runcit berbangsa Melayu, Cina (28), India (81) dan bangsa lain (6).

Jualan meningkat

Sementara itu, sebanyak 143 premis kedai dibiayai melalui Koperasi-koperasi berdaftar yang menjalankan program TUKAR iaitu Koperasi Suria Malaysia Berhad sebanyak 61 kedai, Koperasi Jaringan Sepadu Malaysia (30), Koperasi Automobil Kuching Sarawak Berhad (19), Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (19) dan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (14).

Secara purata, peserta TUKAR mengalami peningkatan jualan 30 peratus selepas proses pemodenan, struktur kedai lebih selesa dan penambahan jumlah barangan dijual.

Rangkaian pasar raya di Malaysia berperanan sebagai konsultan program TUKAR melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang akan membantu kedai-kedai runcit tradisional dengan memberi nasihat pemodenan, penyediaan susun atur (planogram) dan latihan peruncitan. Pada masa sama program TUKAR juga disokong oleh Bank Rakyat melalui pembiayaan mudah sehingga RM80,000 dengan caj perkhidmatan tiga peratus dan tempoh bayaran balik selama 15 tahun.

Sejumlah RM40 juta diperuntukkan untuk Program TUKAR pada tahun 2013 bagi tujuan pemodenan dan menaik taraf kedai runcit tradisional sedia ada, peruncitan dan mewujudkan pusat pengedaran setempat.

Antara lain, kriteria pemodenan TUKAR memberi fokus kepada pembangunan modal insan iaitu pengusaha perlu ada ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan khususnya dalam peruncitan.

Hadiri latihan, kursus

Pengusaha kedai TUKAR perlu menghadiri latihan dan kursus keusahawanan yang dianjurkan KPDNKK dengan kerjasama Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan konsultan dalam bidang peruncitan seperti pemasaran, pembelian stok inventori, etika perniagaan dan sebagainya bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam perniagaan.

Dalam proses pemodenan itu, mesin dan peralatan diberi keutamaan untuk ditukarkan.

Antaranya ialah Point Of Sale (POS) Counter Terminal (GST ready) meliputi sistem kod bar dan pangkalan data inventori, susun atur gondola, pencahayaan, papan tanda berlogo TUKAR dan capaian internet.

Pengusaha juga boleh membuat pilihan tambahan termasuklah alat penyejuk (chiller), penyejuk beku (freezer), peti simpanan, sistem penggera keselamatan, pendingin hawa ataupun lantai berjubin.

Kaedah pengendalian kedai hendaklah diselarikan dan ada Standard Operating Procedures (SOPs) dalam menjalankan perniagaan termasuk susun atur barang-barang dan inventori.

No comments:

Post a Comment