GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, December 20, 2012

Urus niaga sektor selamat diunjur berubah


Publication: BH
Date of publication: Dec 19, 2012
Section heading: Bisnes
Page number: 008

Kuala Lumpur: JPMorgan Securities (Malaysia) Sdn Bhd menjangka Malaysia mengalami perubahan urus niaga daripada sektor selamat seperti telekomunikasi kepada sektor pertumbuhan janaan domestik yang kurang berprestasi termasuk pembinaan, minyak dan gas, harta, perjudian dan media.

Dana tertumpu sektor selamat

Pengarah Eksekutif Penyelidikan Ekuiti, Mak Hoy Kit, berkata ketika ini banyak dana tertumpu kepada sektor selamat disebabkan tanggapan risiko pilihan raya.

"Bagaimanapun dan pada pandangan saya, sebahagian besar prestasi pasaran tahun ini dipengaruhi dagangan selamat," katanya mengulas Prospek Pasaran Ekuiti Malaysia 2013.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan tidak cenderung memilih sektor berorientasikan luar negara seperti perkapalan dan perladangan serta tembakau kerana sektor itu kurang berkembang dan membabitkan risiko kawal selia.

Malaysia berdaya tahan

"Isu luaran, contohnya, 'tebing fiskal' Amerika Syarikat, pastinya akan menjadi risiko kepada mana-mana negara, tetapi dalam konteks serantau, Malaysia amat berdaya tahan.

"Ini disebabkan tahap penggunaan domestik negara yang baik, yang menyumbang lebih 50 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), serta pelaburan awam dan swasta, yang menyumbang 25 peratus," katanya.

Bagaimanapun, ketidakseimbangan seperti pendapatan cukai yang kecil dan hutang peribadi sektor isi rumah yang tinggi perlu diberikan perhatian, katanya.

"Tahun depan, selepas pilihan raya, kita mungkin menyaksikan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ini menawarkan kadar cukai yang lebih berdaya saing pada masa akan datang.

"Hutang yang mewakili 77 peratus KDNK tentunya adalah sesuatu yang membimbangkan, tetapi bank pusat amat berhemah dalam mengeluarkan garis panduan mengenai pinjaman berhemah," katanya.

Tahap pembelian harta juga sudah mula menunjukkan kelembapan tahun ini, tambahnya.

Mengenai harga komoditi, beliau berkata, kumpulan itu menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) berada pada paras sekurang-kurangnya sembilan peratus lebih rendah tahun depan kerana peningkatan bekalan, manakala harga arang batu dijangka susut 4.2 peratus kepada AS$90 setan.

Kos margin MSM tinggi

"Bagaimanapun, bagi Malaysia, margin MSM antara kos pengeluaran dan harga jualan masih agak tinggi, jadi, saya tidak fikir akan ada kemerosotan permintaan domestik, cuma kadar pertumbuhan mungkin lebih rendah sedikit.

"Mengenai ringgit, kami ramalkan prospek bagi tahun depan lebih cerah, pada paras RM2.95 berbanding dolar AS," katanya.

No comments:

Post a Comment