GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, December 1, 2012

'Perkasa Teman 1Azam'


2012/12/01 - 06:31:09 AM


Kuala Lumpur: Pergerakan Wanita UMNO mahu satu pelan transformasi ekonomi wanita diwujudkan dan dipantau di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Ketua Wanita Bukit Gelugor, Senator Norliza Abdul Rahim, berkata pelan khas itu diharap dapat meningkatkan tahap pembabitan dan peranan wanita dalam sektor ekonomi. 


Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan koperasi khas untuk wanita yang mampu menjurus kepada pewujudan bank untuk kaum Hawa pada masa depan. 


“Langkah ini perlu kita mulakan kerana ia akan menjadi koperasi gabungan terbesar melibatkan golongan wanita dari 222 kawasan Parlimen seluruh negara,” katanya ketika menyokong usul ekonomi, semalam. 

Program basmi miskin 

Norliza turut mencadangkan program Teman 1Azam dipertingkat untuk membantu pesertanya, terutama wanita luar bandar. 

Ia adalah program pembasmian kemiskinan dengan cara meningkatkan pendapatan golongan miskin dan miskin tegar menerusi empat komponen iaitu azam niaga, azam khidmat, azam kerja dan azam tani.
 
Wakil Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin pula berkata, pembangkang sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa keputusan yang dibuat kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan dan keselamatan rakyat. 

Sebagai contoh, katanya, isu cukai perkhidmatan kerajaan (GST) dan projek Lynas, masing-masing bagi mengurangkan beban rakyat serta menarik pelaburan ke Pahang, namun dibantah pembangkang kerana kepentingan politik. 

“Bila kerajaan perkenalkan GST, awal-awal lagi mereka kata ia bebankan rakyat, tapi sebenarnya GST membolehkan pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur serta makanan asas, selain mengurangkan kos operasi peniaga sebanyak RM4 billion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion bagi sektor eksport. 

“Dalam isu Lynas, mereka sehingga kini sengaja tidak mahu menerima hakikat daripada kenyataan pakar nuklear yang memberi jaminan Lynas selamat beroperasi, malah keputusan Mahkamah Tinggi juga dipertikaikan mereka,” katanya ketika membahaskan usul ekonomi.

No comments:

Post a Comment