GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, September 20, 2012

Kastam telah bersedia untuk pelaksanaan GST


ARKIB : 19/09/2012

TAWAU 19 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudah bersedia menguruskan sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad berkata, jabatan itu diberi tanggungjawab mentadbir pelaksanaan GST dan sehubungan itu persiapan awal perlu dilakukan.

“Kami harus bersedia dari segi kepegawaian dan sistem yang akan digunakan.

“Tidak payah menunggu pengumuman baru bersedia. Jadi tak jadi, jabatan tetap bersedia.

“Kami tidak mahu berada dalam keadaan tidak bersedia apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Kastam Sabah di Tawau yang turut dihadiri Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Beliau berkata, selain mengadakan latihan dan kursus berkaitan untuk petugas jabatan itu, pihaknya turut menganjurkan kursus-kursus kesedaran untuk pihak berkepentingan lain. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120919/dn_30/Kastam-telah-bersedia-untuk-pelaksanaan-GST#ixzz2WdFo6xU6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment