GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, August 2, 2013

GST atasi kelemahan sistem percukaian sedia ada



KUALA LUMPUR 1 Ogos - Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan berupaya mengatasi kelemahan yang terdapat pada sistem percukaian sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, antara kelemahan yang dikenal pasti adalah cukai berganda yang menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga lebih tinggi.

"Selain itu, amalan pemindahan harga turut memberi kesan kepada hasil kutipan kerajaan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Tambah beliau, pelaksanaan GST merupakan usaha kerajaan untuk memastikan sistem percukaian negara lebih telus dan mesra peniaga.

Jelas Ahmad, kerajaan masih belum menetapkan tarikh pelaksanaan GST dan kajian tentang sistem percukaian tersebut sedang dijalankan bagi memastikan kepentingan dan kebajikan semua lapisan masyarakat diambil kira.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment