GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, June 20, 2013

Masa sesuai untuk laksana GST - pakar ekonomi


ARKIB : 19/06/2013

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Kini masa yang sesuai bagi kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan hasil.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corp. Bhd. Nor Zahidi Alias berkata semasa kerajaan dilihat akan melaksanakan GST, beliau mencadangkan agar diadakan langkah-langkah tertentu untuk melindungi golongan berpendapatan rendah daripada kesannya.

"Secara keseluruhannya, mempunyai GST adalah baik. Saya berpendapat kerja-kerja perhubungan awam mengenai GST perlu ditingkatkan lagi dan kita tidak boleh terlalu idealistik dengan menyatakan ia tidak akan menyebabkan inflasi.

"Saya percaya bahawa walaupun terdapat kenaikan dalam harga, ia tidak akan banyak walaupun kita melaksanakan GST," katanya kepada pemberita di luar acara Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 di sini hari ini.
Nor Zahidi berkata, inflasi mungkin berlaku dalam fasa awal pelaksanaan GST. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130619/ek_04/Masa-sesuai-untuk-laksana-GST----pakar-ekonomi#ixzz2Wd7ZWov9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment