GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, June 11, 2013

Malaysia sedia jadi negara maju lebih awal sebelum 2020, kata Najib


OLEH MD IZWAN
JUNE 10, 2013
KUALA LUMPUR, 10 Jun – Datuk Seri Najib Razak yakin sasaran Malaysia menjadi negara maju boleh dicapai lebih awal sebelum tahun 2020 memandangkan prestasi ekonomi negara yang berkembang pesat.

Dalam ucapan di Persidangan Minyak dan Gas Asia hari ini, perdana menteri menyifatkan perkembangan ekonomi kepada 5.6 peratus pada tahun lepas sebagai ukuran dan bukti sasaran Malaysia untuk menjadi negara maju boleh dicapai lebih awal daripada dijangkakan.

“Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang mensasarkan untuk menukarkan Malaysia menjadi status negara maju menjelang 2020 berada di landasan tepat,” kata Najib(gambar) semasa berucap di Kuala Lumpur.

“Berdasarkan unjuran semasa dan tanpa aral melintang, kita bsersedia untuk mencapai status negara maju lebih awal daripada yang dijadualkan.”

Najib turut mengganggap pengiktirafan oleh Bank Dunia dan badan-badan kewangan lain terhadap pencapaian negara dalam ekonomi juga membuktikan matlamat tersebut boleh dicapai.

“Perkembangan sihat pembangunan ekonomi negara ini juga diperkukuhkan oleh kajian antarabangsa.

“Malaysia berada di tangga ke-15 dalam laporan Doing Business Report yang dikeluarkan Bank Dunia, manakala Institute for Management Development mengiiktiraf kita di kedudukan ke-15 sebagai memiliki ekonomi berdaya saing di dunia,” kata Najib lagi.

Najib menekankan bahawa “liberalisasi ekonomi” penting untuk terus menarik pelabur, selain membina syarikat-syarikat tempatan yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kita mesti berusaha lebih untuk meningkatkan penyertaan wanita di tempat kerja, untuk merasionalkan subsidi, dan mengiktiraf kecemerlangan dan prestasi tinggi dalam masyarakat kita,” katanya.

“Dan seiring peralihan ekonomi negara ke arah perkhidmatan, kita juga mesti berusaha untuk memastikan keseimbangan dan pembahagian yang lebih inklusif dalam kemewahan negara untuk semua rakyat,” tambah beliau lagi.

Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) pada suku pertama tahun ini hanya mencapai 4.1 peratus, kadar paling perlahan pertumbuhan sejak suku ketiga 2009 dan lebih rendah daripada kadar 5.5 peratus seperti yang diramalkan oleh ahli ekonomi.

Pakar ekonomi telah menggesa pembaharuan ekonomi supaya negara keluar daripada perangkap pendapatan sederhana, tetapi kumpulan kanan yang memperjuangkan hak Melayu menentang langkah untuk menghapuskan dasar pro-Bumiputera dan menggalakkan meritokrasi.

Perkasa, salah satu kumpulan pelobi hak Melayu, baru-baru ini menggesa peruntukkan sebanyak 60 peratus ekuiti Bumiputera dan meningkatkan kuota kemasukan di universiti awam sebanyak dua kali ganda berbanding kuota 30 peratus yang sedia ada.

Pakar ekonomi juga berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)perlu dilaksanakan untuk memperluaskan asas cukai negara, tetapi Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata baru-baru ini GST tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Najib turut berkata ekonomi berasaskan pengetahuan dan tenaga kerja mahir sangat penting dalam meningkatkan daya saing ekonomi.

“Memandnagkan ekonomi dunia semakin terbuka dan lebih bersangkut-paut, orang ramai dan syarikat-syarikat mesti mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk bersaing dengan baik,” katanya.

Kumpulan pemikir umum Amerika Syarikat Fund for Peace (FFP), bagaimanapun, berkata pada Ogos lepas Malaysia mengalami kerugian yang semakin meningkat kerana lebih ramai rakyat negara yang berkebolehan telah berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih baik di luar negara.

“Walaupun Perdana Menteri semasa telah secara terbuka menyatakan sokongan beliau untuk menghapuskan layanan istimewa untuk orang Melayu, tidak banyak kemajuan telah dibuat,” kata FFP yang dipetik dalam kajian sedunia Failed States Index pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment